MAIWP dan anak syarikat perlu lebih proakif
by Editor IPBNews on Mar.11, 2010, under Informasi Am
10 Mac – Di dalam memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik, MAIWP dan syarikat-syarikat MAIWP perlu mewujudkan satu mekanisma agar perjalanan syarikat sejajar dengan kehendak dan hasrat MAIWP. Justeru itu, pemahaman yang jelas tentang matlamat sangat penting bagi mencapai tahap kualiti kerja yang optima bagi setiap tugas yang dilakukan.
Saranan itu disuarakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir b. Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP sewaktu berucap dihadapan hampir 400 orang tetamu yang menghadiri Majlis Ramah Mesra YB Dato’ Seri Menteri bersama MAIWP dan Syarikat-syarikat MAIWP serta media.
“MAIWP dan syarikat perlu sentiasa peka terhadap cadangan dan rungutan masyarakat di dalam melipatgandakan usaha untuk menigkatkan keuntungan dan pelaburan yang dilaksanakan. Kepuasan pelanggan perlu diutamakan agar mereka berpuashati dengan setiap perkhidmatan yang disediakan.” jelas beliau lagi.
Majlis yang telah berlangsung di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Timbalan beliau, YB Datuk Dr. Mashitah bt. Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM, Pengarah JAWI serta Pengerusi-pengerusi syarikat, Pengurus Besar, Ketua Eksekutif, Pegawai Kanan MAIWP dan syarikat serta Ahli-ahli MAIWP.
Maklumat IPB di tempat anda !!!
by Editor IPBNews on Mar.04, 2010, under Informasi Am

Temui kakitangan Unit Pemasaran kami di tempat-tempat berikut. Dapatkan maklumat terperinci berkaitan peluang pendidikan yang tersedia di IPB. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pastinya kecemerlangan anda bermula disini.!!!
Sukaneka ceriakan Minggu Ikatan Siswa Kemasukan Februari
by Editor IPBNews on Feb.12, 2010, under Aktiviti Pelajar

Aktiviti tarik tali merupakan aktivti penutup bagi acara sukaneka
11 Jan – Tirai Minggu Ikatan siswa bagi pelajar LCCI sesi kemasukan Februari 2010 telah berlabuh. Aktiviti sukaneka yang telah dijalankan di Kompleks Sukan Kg. Pandan telah menceriakan suasana. Pelbagai aktivtiti dijalankan yang bermula dari jam 8.30 – 11.30 pagi.
Bagi memastikan aktiviti yang dijalankan tidak berlaku kecederaan serius, semua palajar dimestikan melakukan aktiviti regangan terlebih dahulu. Selain memupuk semangat kekitaan, aktiviti ini mendidik tentang semangat kerjasama antara rakan-rakan.
Menurut En. Zukfakah Jaffar, Eksekutif Pembangunan Pelajar, “Aktiviti ini dapat menerapkan ikatan silaturrahim antara pelajar dan fasilitator. Dalam waktu yang sama ia turut menyemai semangat sukarelawan antara satu sama lain. Manakala melalui aktiviti yang dijalan, ia menggabungkan aktiviti fizikal dan kreativiti peserta. Ia secara langsung dapat merangsang minda dan membina fizikal. Secara tidak langsung aktiviti ini diharap dapat membantu pelajar sewaktu di dalam kelas.”
Lawatan Industri Perkukuh Pemahaman Subjek
by Editor IPBNews on Feb.10, 2010, under Aktiviti Pelajar

Pelajar CAT yang berpeluang melawat ke kilang roti Gardenia
10 Feb – Bagi menambah kefahaman serta mendalami suasana sebenar berkaitan subjek yang dipelajari, pelajar-pelajar program Certified Accounting Technician (CAT) telah diberi kesempatan untuk mengikuti lawatan industri. Ia sebagai tugasan wajib bagi subjek berkaitan Akaun Pengilangan.
Untuk itu seramai 49 orang pelajar daripada semester dua telah berpeluang melawat ke kilang roti Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd di Shah Alam pada 4 Februari lalu. Ia sebagai satu mekanisma untuk memantapkan lagi asas pemahaman bagi subjek ‘Accounting For Cost’ yang mereka pelajari.
Manakala pada 9 Februari pula, seramai 30 orang pelajar dari semester satu dan semester tiga telah berkesempatan untuk melihat sendiri proses pembuatan bagi produk tenusu dan susu kultur. Lawatan ke kilang Malaysian Milk Sdn Bhd dan Cotra Enterprise Sdn Bhd yang mengeluarkan produk berjenama Vitegen dan Marigold amat memberi makna kepada mereka.
Melalui lawatan ini mereka didedahkan dengan persekitaran sebenar bagaimana sesuatu produk itu dihasilkan. Apa yang lebih penting ialah untuk mereka memahami dengan lebih mendalam lagi berkaitan subjek ‘Information For Management Control’ bagi pelajar semester satu dan subjek ‘Planning, Control and Performance Management’ bagi semester tiga.
Menurut Pn. Syafiza Hanim Said, Pensyarah Sekolah Perakauan yang juga penyelaras bagi lawatan industri ini, berkata: “Agar pelajar dapat melihat dengan terperinci sesuatu produk itu dihasilkan disamping untuk lebih memahami konsep Akaun Pengilangan. Pelajar dapat memperolehi ilmu berkaitan pembuatan yang lengkap. Dari situ, ia akan diaplikasikan di dalam subjek yang dipelajari. Ia dapat membantu pelajar untuk lebih memahaminya”
“Setelah melihat secara dekat proses pembuatan itu dilakukan, pelajar-pelajar ini perlu membuat tugasan yang diberikan seperti membina model berkaitan proses itu. Bermula dari bahan mentah sehinggalah ia siap sebagai produk pengguna. Semua tugasan ini akan dinilai untuk melihat tahap pemahaman pelajar-pelajar ini.” jelas beliau lagi.
Pelajar yang terlibat di dalam aktiviti ini melahirkan rasa gembira kerana banyak ilmu yang diperolehi selain melihat secara dekat proses pembuatan sesuatu produk dilakukan sehinggalah sampai kepada pengguna.
83 PENDERMA BARU DOMINASI KEMPEN DERMA DARAH SIRI 1/2010
by Editor IPBNews on Jan.23, 2010, under Aktiviti Pelajar

Ketua Eksekutif IPB bersama-sama sebahagian penderma pada Kempen Derma Darah
22 Jan – Kempen Derma Darah Siri 1/2010 lalu telah berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan. Unit HEP telah memperuntukkan dua hari untuk kempen tersebut. Pada kempen ini sebanyak 232 unit darah telah berjaya dikumpulkan. Daripada jumlah itu, seramai 83 orang adalah penderma baru.
Kempen dwi-tahunan ini dijalankan bagi menyemai semangat bantu membantu sesama insan. Dalam masa yang sama, kempen ini turut membantu Pusat Darah Negara untuk menstabilkan bekalan darah yang sering berkurangan.
LANTARAN MASALAH KEWANGAN, FARIQUE TEKAD UNTUK BERJAYA
by Editor IPBNews on Jan.15, 2010, under Aktiviti Semasa

14 Jan – Tiada pengalaman yang teramat indah bagi Muhammad Farique Zubir Albakri sewaktu Majlis Konvokesyen ke-7 Institut Profesional Baitulmal (IPB) lalu. Beliau telah dinobatkan sebagai Graduan terbaik keseluruhan, secara langsung menggondol Anugerah Pingat Emas Menteri.
Dalam tempoh pengajian di IPB, Farique telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan dengan memperolehi HPNG 3.00 ke atas untuk semua semester pengajian dan telah beberapa kali mendapat Anugerah Dekan. Disamping pencapaian akademik yang cemerlang melalui pengaplikasian ilmu daripada teori kepada praktikal, beliau turut aktif di dalam aktiviti Ko-kurikulum.
Ketika ditemui pemberita, putera kedua daripada empat adik beradik ini turut berkongsi pengalaman untuk terus konsistan di dalam mengejar kejayaan ini.
“Ketika saya melanjutkan pangajian di IPB, ayah telah pun bersara. Lantaran itu bagi meringankan beban ayah, saya bekerja sebagai fasilitator sambilan. Sungguhpun saya mendapat penajaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).”
“Saya juga percaya, doa dan restu kedua ibu bapa turut mengiringi keyajaan ini. Bimbingan, teguran, dan ingatan yang tidak pernah jemu menjadi pedoman hingga saya berada di tahap ini sekarang.” jelas Farique lagi.
Kini beliau merupakan pelajar ijazah tahun keempat di fakulti Perakuanan UiTM Melaka setelah menamatkan pengajian peringkat Diploma di IPB.
MASHITAH RAI GRADUAN IPB
by Editor IPBNews on Jan.14, 2010, under Aktiviti Semasa

YB Timbalan Menteri di JPM beramah mesra dengan Graduan IPB
14 Jan – Riak kegembiraan jelas terbayang disetiap wajah para graduan. Kepayahan yang dilalui sewaktu menimba ilmu terbalas jua dengan kejayaan mengenggam segulung sijil dan diploma. Airmata kegembiraan turut mewarnai di Majlis Konvokesyen ke-7 Institut Profesional Baitulmal (IPB) itu.
Majlis gilang gemilang itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Hjh. Mashitah bt. Ibrahim yang mewakili YB Senator Mejar Jenaral Dato’ Jamil Khir b. Hj. Baharom (B).
Melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalannya, Dato’ Jamil Khir melahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang telah di tempa oleh para graduan. “Dengan kejayaan pada hari ini, kita usah lupa bahawa tanggungjawab kita belum selesai. Masih banyak ruang dan peluang yang perlu kita raih dan perolehi. Namun dalam usaha kita mencapai sesuatu matlamat, jangan pula kita lupa hak dan keperluan orang lain.”
“Harapan dan kepercayaan yang tinggi disandarkan kepada kumpulan graduan ini agar terus mencipta kecemerlangan dan memastikan wujudnya kesinambungan yang seterusnya meletakkan IPB di puncak kegemilangan. Saya yakin dan percaya para graduan yang ada di dewan ini telah menjadikan segala rintangan, kekurangan dan masalah sebagai cabaran, inspirasi dan rangsangan untuk terus maju dalam bidang akademik dan pembinaan jati diri serta pemupukkan sahsiah terpuji,”
Tambah beliau lagi, “Kita tidak mahu, masyarakat Melayu-Islam ketinggalan dalam era globalisasi dan liberalisasi lantaran merebut peluang yang terbatas. Menyedari hakikat itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui IPB telah menambah peruntukan daripada RM8.5 juta pada tahun 2008 kepada RM12 juta mulai tahun 2009 dalam usaha untuk melahirkan profesioanal Melayu-Islam sesuai dengan misi dan visi Majlis Agama Islam Wilayah yang sangat komited memainkan peranan dalam melahirkan tenaga profesional Melayu-Islam, dengan berpaksikan ilmu pengetahuan, pembangunan kerohanian dan penerapan nilai-nilai Islam. Serta melaksanakan tanggungjawab sosial Majlis Agama Islam Wilayah Perskutuan untuk membebaskan masyarakat Islam daripada belenggu kemiskinan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk Melayu Islam di negara ini dengan pertambahan pendapatan perkapita setiap keluarga. Diharapkan agar graduan IPB menjadi pemangkin dan penyumbang kepada tenaga kerja profesional Melayu-Islam sesuai dengan misi kerajaan ingin mewujudkan “Satu Profesional Satu Rumah” pada masa akan datang.”
Seramai 371 orang graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di dalam pelbagai program. Di mana 270 adalah graduan yang mengikuti program usahasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM), 86 graduan The London Chamber of Commerce & Industry International Qualifications (LCCIIQ) dan 15 graduan Certified Accounting Technician (CAT).
Kursus Pendidikan Luar dedah situasi baru
by Editor IPBNews on Dec.16, 2009, under Aktiviti Pelajar

Bertempat di Teluk Sekadeh, Pulau Pangkor telah dijalankan Kursus Pendidikan Luar anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MHOE). Bermula dari 6-9 Disember 2009, program ini disertai seramai 63 orang peserta daripada beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Antaranya UniKL, MMU, UTAR, UNITAR, IPB, MFI, BMI, TAR College, KLIUC, KUIN, MSU.
IPB menghantar 4 orang pelajar sebagai peserta dengan seorang pegawai pengiring.
Program yang berkonsepkan Kem Perkhemahan ini mengandungi pelbagai aktiviti meliputi fizikal dan spritual yang mencabar serta dapat membentuk keyakinan diri. Peserta turut didedahkan dengan ’experiential learning’ dalam alam semula jadi agar domain kognitif, efektif dan psikomotor dapat dirangsang ke arah perkembangan individu yang positif, dinamik dan proaktif.
Peserta turut dibawa melawat peninggalan sejarah seperti Batu Bersurat dan Kota Belanda yang terdapat di Pulau Pangkor melalui aktiviti Kembara Minda. Disamping aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar seperti berkayak,orienteering, ’flying – fox’ dan abseiling.
”Kursus pendidikan luar ini amat berguna kepada para pelajar kerana bukan sahaja ia menguji daya tahan fizikal peserta, tapi ianya juga dapat memberikan saya lebih pengetahuan tentang aktiviti – aktiviti outdoor. Banyak informasi berguna yang diperolehi bagi meningkatkan motivasi dan jatidiri kami sebagai pelajar.” kata Mohd Fikri Bin Jamal, salah seorang peserta yang menyertai Kem tersebut dari IPB.
INFO TERKINI MAJLIS KONVOKESYEN KE-7
by Editor IPBNews on Dec.16, 2009, under Aktiviti Semasa
Majlis Konvokesyen ke-7 Institut Profesional Baitulmal (IPB) akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Anjung Felda, Jalan Maktab 54000 Kuala Lumpur pada 14 Januari 2010. Ia akan dirasmikan oleh YB Senator Majer Jeneral Dato’ Jamil Khir b. Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.
Pelajar-pelajar IPB yang telah menamatkan kursus mulai sesi peperiksaan April 2008 – Okt 2009 (Program UiTM), april/mei 2008 – terkini (program profesional LCCI dan CAT) adalah terlibat dengan Majlis Konvokesyen kali ini.
Peringatan: Pelajar program UiTM yang kini menyambung pengajian di Kampus-kampus UiTM.
- Sila dapatkan pelepasan daripada Ketua Program/Kursus dengan melampirkan surat jemputan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen tersebut.
- Kemudian buat salinan Surat Pelepasan daripada Ketua Program/Kursus tersebut dan maklumkan kepada semua Pensyarah anda. Ini untuk makluman kepada mereka.
Manakala bagi pelajar atau graduan yang tidak dapat membuat pembayaran sebelum 18 Disember 2009 (Khamis) sila berhubung terus dengan Pn. Samila (Jabatan Kewangan) untuk tindakan selanjutnya.
TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR LAMA
by admin on Dec.14, 2009, under Aktiviti Semasa
Di sini dipaparkan tarikh untuk pendaftaran Pelajar Lama bagi Kursus PROGRAM USAHASAMA UiTM sesi Disember 2009 – Januari 2010
| KURSUS | SEMESTER | PENDAFTARAN | KULIAH BERMULA |
| DIP. PEN. PERNIAGAAN
DIP. SAINS KOMPUTER |
SEMESTER 2 KE ATAS | 29 DIS. 2009 | 04 JAN 2010 |
| DIP. PERAKAUNAN
DIP. SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN |
SEMESTER 2 KE ATAS | 30 DIS. 2009 | 04 JAN. 2010 |