main content
 
:: SALAM DARI PENGERUSI::
Tujuan utama penubuhan IPB pada 23 April 1992 bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar muslim mengikuti kursus-kursus profesional memandangkan bilangan profesional islam sekarang ini sangat berkurangan. Keuntungan bukanlah merupakan matlamat utama IPB. Walaupun demikian, sebagai Institut Pengajian Tinggi Swasta, kewujudannya hendaklah jangan merugikan.
IPB mempunyai matlamat untuk mengeluarkan profesional Islam yang berkaliber dan berwibawa. Oleh itu, ianya sangat mengambil berat terhadap kelayakan dan kebolehan tenaga pengajar serta kemampuan para pelajar sendiri. Disamping itu kemudahan-kemudahan asas turut disediakan seperti perpustakaan, dewan kuliah, bilik tutorial, makmal bahasa dan komputer dan juga kemudahan tempat penginapan bagi para pelajar.

Sekian, Wassalam.

Tan Sri Dato' Hanafiah Hj. Ahmad
(Pengerusi IPB)

 
`
.
© 2007 - Institut Profesional Baitulmal Sdn. Bhd