Sakaria bin Semela
Ketua Eksekutif KPBKL
Maklumat sedang dikemaskini

Selamat Datang ke Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

K
epada mereka yang baru sahaja membuka laman sesawang atau `website’ Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), saya ingin mengucapkan tahniah kerana mengambil langkah yang bijak. Pengenalan ini adalah penting untuk menentukan masa depan anda atau anak anak anda. KPBKL adalah sebuah institusi pendidikan tinggi yang melambangkan satu adunan yang padu antara ciri ciri kerohanian dan akademik. Sebagai sebuah institusi Islam, KPBKL memberi penekanan kepada pembentukan akhlak yang mulia, sikap amanah, disiplin, perlaksanaan prinsip-prinsip Islam dan integriti yang tinggi.

S
ebagai sebuah institusi akademik, KPBKL memberi penekanan kepada kecemerlangan akademik, kualiti dan kebolehpasaran pelajar, program akademik yang berkualiti di iktiraf MQA dan MOHE, staf akademik yang kompetent dan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang efektif. Bagi memastikan setiap pelajar mendapat keselesaan pembelajaran yang sewajarnya, KPBKL mengambil pendekatan `mesra pelajar’ dengan menjaga kebajikan dan keperluan mereka dari peringkat awal kemasukan, dan membimbing mereka sehingga tamat pengajian dan mendapat kerjaya yang sesuai.

K
PBKL juga akan membuka ruang baru dalam dunia akademik dengan menawarkan program program inovatif yang di perlukan oleh industri hari ini dan masa hadapan selari dengan visi dan misi KPBKL. Bagi pihak seluruh warga KPBKL termasuk ahli ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan, staf akademik dan pentadbiran dan pelajar, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke KPBKL.

'Bersama Menjulang Kecemerlangan'
Back to top