Bidang:
Diploma Sains Komputer (CS110)

KP(JPS)5195/IPTS/342/Jld.ii(76) LAN(S)10/13 Jld.55(8)

Ketua Sekolah Komputer:
Zarina Abdul Aziz

Kongsi page ini
facebook
twitter
  • Sekolah Komputer Institut Profesional Baitulmal diwujudkan pada tahun 2000 untuk menjalankan program francais UiTM.

    Program DSK UiTM telah pun dikelolakan semenjak 2003 sehingga hari ini. Untuk melestarikan objektif kepimpinan baru IPB iaitu menaiktaraf IPB kepada sebuah kolej universiti menjelang tahun 2015, maka Sekolah Komputer telah mencadangkan untuk mewujudkan beberapa program dalaman IPB sendiri yang berkait dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi iaitu Diploma in Information Technology, Diploma Multimedia, Diploma in Networking, Foundation in Information Technology di samping menambah program francais UiTM iaitu Bachelor of Science (Hons) (Information Technology)

  • DIPLOMA IN CREATIVE MULTIMEDIA (akan diperkenalkan)

    Program Diploma in Creative Multimedia direkabentuk untuk melengkapkan para pelajar dengan kemahiran multimedia di dalam membangunkan aplikasi yang interaktif bernilai tinggi disamping menekankan kemahiran berfikir yang inovatif dan kreatif dalam menguruskan sebarang projek multimedia yang diaplikasikan diperingkat pekerjaan atau untuk menyambung pengajian peringkat ijazah pertama yang ditawarkan oleh IPB sendiri pada masa akan datang atau universiti. Program ini juga memberi pengukuhan kefahaman dan kemahiran kepada pelajar tentang skil-skilmultimedia dan aplikasinya kepada keperluan semasa. Pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus teras seperti Pengenalan Multimedia, Pembangunan Algoritma, Animasi,Rakabentuk 2D & 3D, Komunikasi Visual, Fotografi, Audio dan Video Digital, Pengaturcaraan Internet dan Web, E-Dagang dan Pengurusan Projek Teknologi Maklumat. Di samping itu juga pelajar akan didedahkan kepada keadaan sebenar yang berlaku dalam dunia pekerjaan berkaitan multimedia kreatif melalui latihan ilmiah/latihan industri

    DIPLOMA IT ENTERPRENEURSHIP (akan diperkenalkan)

    Diploma Keusahawanan Teknologi Maklumat adalah program yang memberikan fokus dalam bidang keusahawanan dan teknologi maklumat yang mana intipati dari program ini adalah urutan kursus yang memandu pelajar untuk mencari peluang-peluang perniagaan yang memerlukan teknologi maklumat dan komunikasi khasnya internet sebagai penggerak ,merancang keperluan teknologi maklumat dan komunikasi sesebuah model perniagaan di samping simulasi keusahawanan serta menyediakan dan melaksanakan rancangan perniagaan yang menyeluruh . Antara kursus yang ditawarkan adalah seperti Introduction to Business, Fundamentals of Management, Project Management for Information Technolgy Project, Business Innovation, IT Entrepreneurship dan Internet and Social Media Marketing.

    Dari semasa ke semasa para pelajar juga akan didedahkan dengan seminar-seminar keusahawanan daripada industri di samping penyedia-peyedia sumber seperti Majlis Agama Wilayah sendiri, MDeC, dan MARA. Program ini juga memberikan peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri pengalaman dalam dunia perniagaan sebenar melalui Latihan Industri untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan. AKtiviti –aktiviti tersebut akan mengembangkan lagi skil-skil para pelajar dalam penggunaan teknologi maklumat di samping keusahawanan.

    DIPLOMA IN NETWORK (akan diperkenalkan)

    Program Diploma in Computer Network ini dibangunkan untuk memperkenalkan pelajar kepada teori dan konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer. Pelajar akan didedahkan dengan sistem perkakasan dan perisian telekomunikasi yang terkini dalam merekabentuk, membangunkan, membaikpulih dan menyelenggara sistem telekomunikasi dan rangkaian sesebuah organisasi. Di samping itu, pelajar juga dilatih berfikir secara inovatif dan kreatif untuk diaplikasikan di peringkat pekerjaan atau untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama yang ditawarkan oleh IPB sendiri atau universiti lain yang mengiktiraf program ini. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh dipindahkan dan pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka untuk menyesuaikan dan menggunakan teknologi terkini.

BARISAN PENSYARAH
gambarnamakelayakanBidang
Zarina Binti Abdul Aziz
  • MSc.IT. (UiTM) (2015)
  • BSc. (Hons) Computer (UTM)
  • Information System
  • Security Information System
Wan Aitun Aishah Zainuddinl
  • MSc. (London) (1988)
  • BSc. (Northern Illinois, USA) (1986)
  • Computer Science
  • Information system
  • Database
Kasniah Binti Neni
  • MSc. IT Management (UTM)
  • BIT. (Hons) (UUM)
  • Information System
Mohamad Amzari Bin Aziz
  • MSc.IT. (UiTM) (2009)
  • BIT. (Hons) Systems Science and Management (UKM) (2002)
  • Information Technology
  • Information System
  • Multimedia
Laili Erni Binti Hitam
  • MSc. Computer Science (UiTM) (2014)
  • B. Computer Science (Hons) (UM))
  • Computer Science
  • Information system
  • Database
  • Networks
Salbiah Binti Zainal
  • MSc.IT. (UiTM) (2009)
  • BSc. (Hons) Business Computing (UiTM) (2005)
  • Information Technology
  • E-commerce
  • System Analyst
  • Multimedia
  • Web Design
Back to top