Ketua Sekolah Komputer:
Farah Wahida Abd Rahman

Kongsi page ini
facebook
twitter
  • Sekolah Matematik adalah salah satu sekolah daripada 6 sekolah yang terdapat di bawah Jabatan Akademik, Institut Profesional Baitulmal.

    Sekolah ini bertanggungjawab dalam menyediakan kursus-kursus Matematik bagi keperluan program daripada sekolah-sekolah lain. Pada masa ini, sekolah ini masih belum menawarkan sebarang program di bawah kelolaan sendiri. Walaubagaimanapun, Sekolah Matematik sedang merancang untuk menjalankan dua (2) program diploma baru iaitu Diploma Matematik Kewangan dan Diploma Statistik Gunaan yang dijangka akan dimulakan pada awal tahun 2014. Sekolah ini diketuai oleh seorang Ketua Sekolah dan mempunyai seramai 16 orang pensyarah yang berdedikasi tinggi. Semua pensyarah sangat komited untuk melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam subjek Matematik tetapi secara keseluruhannya dari segi akademik dan sahsiah demi mencapai visi dan misi IPB.
  • Menurut Profesor Dr. Zanariah Abdullah, Dekan Fakulti Sains Universiti Malaya sempena Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-22 ada menyatakan bahawa, “Ilmu Sains Matematik merupakan nadi kepada bidang sains dan teknologi, suatu bidang yang dinamik dan sentiasa berkembang setiap hari. Oleh yang demikian, penyelidik muda sains matematik tempatan harus peka dengan perkembangan semasa dan isu penyelidikan terkini perlu dikenalpasti supaya negara sentiasa berada di persada penyelidikan terkini.”

    DIPLOMA STATISTIK GUNAAN

    Sinopsis

    Tujuan Program Diploma Statistik Gunaan (DSG), dijangka akan dibuka pengambilan pelajar mulai September 2015, adalah untuk melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang pengurusan dan perangkawan serta memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri. Program Diploma Statistik Gunaan akan melahirkan graduan yang berupaya untuk:

    • Melaksanakan kemahiran dalam bidang statistik (seperti penyampaian komputer, penyelesaian masalah dan kemahiran teknik) dalam pelbagai situasi.
    • Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri dalam bidang statistik.

    Peluang Kerjaya

    Graduan program DSG boleh menceburi kerjaya sebagai Penolong Perangkawan, Penolong Pegawai Penyelidik, Penolong Pengurus Pemasaran/Kewangan, Penolong Pengurus Sumber Manusia, Pengaturcaraan Pakej Komputer, Penganalisa Data, Penolong Pengurus Pengeluaran/Eksekutif Kawalan Kualiti dan Ahli akademik atau Penolong Eksekutif di mana-mana syarikat/firma/organisasi beroperasi yang mematuhi syariah.

    Graduan DSG juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Statistik Gunaan, IPB yang akan mula ditawarkan mulai 2017.


    DIPLOMA MATEMATIK KEWANGAN

    Sinopsis

    Sekolah Matematik, Institut Profesional Baitulmal akan menawarkan satu program baru iaitu Diploma Matematik Kewangan pada tahun 2015. Program yang ditawarkan untuk tempoh 2½ tahun ini menggabungkan:

    • Pengetahuan pelajar tentang matematik, statistik, kewangan, ekonomi, perakaunan, analisis pelaburan dan teknologi maklumat yang akhirnya menjadi elemen penting di dalam Matematik Kewangan
    • Menerapkan aspek etika dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat

    Seperti yang kita ketahui, matematik sering wujud dan tidak dapat dielakkan di dalam kehidupan seharian. Sebagaimana perniagaan saham ada naik dan turunnya setiap saat yang memerlukan kemahiran matematik sebagai salah satu kaedah pemantauan, begitu juga matematik berperanan untuk menyelesaikan masalah kewangan di setiap syarikat dan perniagaan.

    Peluang Kerjaya

    Graduan Diploma Matematik Kewangan boleh menceburi kerjaya dalam pelbagai sektor awam atau swasta termasuk pendidikan, perbankan, kewangan, pengurusan pelaburan, insurans dan lain-lain. Kolaborasi IPB dengan Pusat-Pusat Pungutan Zakat dan Bank Islam juga menjadikan program baru ini bakal menjamin penempatan graduan Diploma Matematik Kewangan di persada pekerjaan dengan memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Bank, Penolong Pegawai Perangkaan, Penolong Pegawai Kewangan dan Penolong Perunding Insurans.

    Graduan Diploma Matematik Kewangan juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Matematik Kewangan, IPB yang akan mula ditawarkan mulai 2017.

  • Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014:

    TarikhAktivitiObjektif
    19-Feb-14Klinik Subjek MAT112 (Pelajar UiTM)Dijalankan khusus bagi para pelajar yang mendapat pencapaian yang kurang menyerlah dalam kuiz-kuiz sebagai persediaan untuk menghadapi Ujian 2.
    05-Mar-14Klinik Subjek MAT112 (Pelajar UiTM)Dijalankan khusus bagi para pelajar yang mendapat pencapaian yang kurang menyerlah dalam kuiz-kuiz sebagai persediaan untuk menghadapi Ujian 3.
    19-Mar-14Seminar Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir QMT181 / STA104 (Pelajar UiTM)Sebagai persediaan para pelajar bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Mac 2014.
    28-Mar-14Bengkel Business Statistics Level 2 (Pelajar LCCI)Sebagai persediaan para pelajar bagi menghadapi Peperiksaan Luaran LCCI-IQ Mac 2014.
    3-Apr-14 hingga 5-Apr-14Latih Tubi Subjek MAT112 (Pelajar UiTM)Sebagai persediaan para pelajar bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Mac 2014.
    10-Oct-14Majlis Anugerah Kecemerlangan Matematik dan StatistikMeraikan para pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam subjek Matematik dan Statistik.

    Penglibatan Pensyarah Matematik (Bengkel Dan Seminar):

    TarikhAktivitiPensyarah
    23 April 2014Seminar Pengurusan Islam 2014Semua pensyarah
    21 – 22 Mei 2014Bengkel Pemantapan Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Matematik, Statistik Dan Sains Komputer, UiTM.Zarina Abdullah , Zarina Mohamed Aripin, Nor Ashikin Abdul Rahim, Muna Shakir Ghazalli, Nor Alia Iskandar , Benzura Baharom , Norhaziani Muhamad Ramli , Sarah Hanim Rustam Affandy , Syahirah Sardi , Asma Mahmud , Nor Hasliza Asngari , Nor Alia Iskandar .
    27 – 29 Ogos 2014Bengkel Penjenamaan Semula Dar Assaadah - MAIWPMaheran Nasahar
    13 November 2014Oneners Through Education DialougeMaheran Nasahar.
    13 – 14 November 2014Bengkel Autocount Computerized Accounting Azlindawati Hasan , Zarina Mohamed Aripin
    20 – 21 November 2014Bengkel Stratergik Perlaksanaan Program Homegrown IPBMaheran Nasahar , Azlindawati Hasan , Nor Alia Iskandar , Nor Hasliza Asngari , Syahirah Sardi
    24 – 26 November 2014Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke -22Zaimah Omar , Azlindawati Hasan , Benzura Baharom , Zarina Mohamed Aripin
    11 Disember 2014Bengkel Taklimat Penambahbaikan dan Persediaan Penarafan MyQuest Sesi 2014/2015Maheran Nasahar
KETUA SEKOLAH
PN. FARAH WAHIDAH BINTI ABD RAHMAN
  • M.Sc. in Quantitative Science (Operations Management), UiTM, Malaysia, 2009
BARISAN PENSYARAH
gambarnamakelayakanBidang
Farah Wahida Abd Rahman
  • M.Sc. in Quantitative Science (Operations Management), UiTM, Malaysia, 2009
  • Mathematics and Statistics
  • (Business Statistics)
Maheran Nasahar
  • Master of Arts in Mathematics,St. John Univ., New York, USA, 1989
  • Mathematics and Statistics
  • (Calculus and Linear Algebra)
Azlindawati Hassan
  • M.Sc. in Quantitative Science (Financial Engineering), UiTM, Malaysia, 2009
  • Mathematics and Statistics
  • (Advanced Business Calculations)
Zarina Abdullah
  • B.Sc. (Mathematics), USM, Malaysia, 2005
  • Mathematics
  • (Intensive Mathematics)
Benzura Baharom
  • B.Sc. (Hons) in Mathematics, UiTM, Malaysia, 2007
  • Mathematics
  • (Business Calculations)
Muna Shakir Ghazalli
  • B.Sc. (Hons) (Management Mathematics) , UiTM, Malaysia, 2009
  • Mathematics
  • (Intensive Mathematics)
Norhaziani Muhamad Ramli
  • B.Sc. (Hons) (Management Mathematics) , UiTM, Malaysia, 2010
  • Mathematics
  • (Pre-Calculus and Business Mathematics)
Sarah Hanim Rustam Affandy
  • B.Sc. (Hons) (Industrial Mathematics), UTM, Malaysia, 2005
  • Mathematics
  • (Discrete Mathematics)
Syahirah Sardi
  • B.Sc. (Hons) in Statistics, UiTM Malaysia, 2009
  • Statistics
Asma Mahmud
  • M.Sc. (Mathematics), UTM, 2014
  • Mathematics
  • (Calculus)
Nor Hasliza Asngari
  • M.Sc. in Mathematics, UMT, 2012
  • Mathematics and Statistics
Nor Afizah Misnan
  • M.Sc. (Applied Statistics), UiTM, 2012
  • Statistics
  • (Statistics and Probability)
Back to top